Selasa, 9 Oktober 2012

Kenali Asal Usul Nama Mee Bandung


Selama ini anda pernah terfikir atau tahu kenapa mee bandung dinamakan sedemikian. Yang kita tahu makan  sahaja yang penting sedap bukan!!. Perkataan 'bandung' di dalam namanya berpunca daripada maksud perkataan tersebut yang bererti 'berganda' atau 'berkembar' atau 'berpasangan' dimana sesuatu bergandingan  atau bercampuran dengan sesuatu yang lain. Umpamanya seperti 'sirap bandung' untuk minuman susu bergandingan dengan sirap berperisa ros ataupun 'rumah berbandung' untuk rumah berkembar. Begitulah maksudnya masakan tradisional yang terkenal berasal dari Muar.

Bagi mee bandung pula ia adalah masakan gandingan antara mee dan telur sahaja pada ketika dahulu ia digelar sedemikian, disamping ramuan campuran cili dan bawang tumisan bersama rempah ratus, belacan dan udang kering sebelum ia kini ditambah dengan bahan tambahan seperti udang, daging, kuih ikan, dan sayuran sekarang. Ia juga lazim dikenali sebagai Mee Bandung Muar yang telah menjadi makanan terkenal dan dikenali dimerata Malaysia meskipun diakui dan diketahui ramai Mee Bandung asli yang berasal dari Muar adalah yang terbaik dan tersedap dijamah. Perlu diketahui juga dan jangan dikelirukan serta disalah anggap mee bandung berasal dari Bandung suatu tempat di Indonesia walaupun perkataan bandung sama tapi kedua-duanya tidak ada kaitan langsung



1 ulasan:

  1. berikan sejarah ataupun asal usul mee bandung ini kerana ada dikalangan para pelajar membuat kerjs kursus mengenai mee bandung ini...

    BalasPadam