Ahad, 4 November 2012

Sejarah & pengenalan acar buah


Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis acar yang sering dijadikan makanan sampingan masyarakat Melayu seperti acar buah dan acar timun. Acar adalah sejenis makanan yang dibuat daripada buah-buahan atau sayur-sayuran dengan campuran bahan-bahan lain dan diasamkan dengan cuka. ( tiada cuka langsung dalam acarbuah mamasue)Acar seperti ini pada kebiasaannya dibuat serta dihidangkan pada hari-hari keramaian atau kenduri-kendara.  Namun kini ianya dimakan begitu sahaja dengan nasi panas panas terutama semasa dalam bulan ramadhan sebagai hidangan semasa sahur.  Lazat dan anda wajib mencubanya.
Acar juga dikenali sebagai “Achar” dalam bahasa Hindi atau pickle dalam bahasa Inggeris. Perkataan “anchar”  bermaksud pelbagai hidangan sampingan yang mempunyai perasa rempah. Acar buah adalah makanan pembuka selera yang dimakan bersama dengan nasi putih atau nasi minyak. Ia dihasilkan melalui campuran buah-buahan jeruk yang dimasak bersama rempah ratus tertentu. Acar buah MamaSue yang dimasak sempurna dapat bertahan selama beberapa bulan. 
Acar buah 
sangat popular di rantau India,  AsiaTenggara serta kawasan-kawasan yang mempunyai komuniti masyarakat Asia Selatan yang ramai. Di Malaysia acar buah boleh didapati di negeri sebelah utara, terutamanya di Pulau Pinang dan Johor
Di blog ini MamaSue menawarkan acar buah untuk dijual pada harga yang berpatutan. Acar buah MamaSue adalah warisan tradisi dari Johor. Acar buah MamaSue amat popular dan laris dijual terutama di johor sendiri.

Jangan tunggu2..buat tempahan sekarang dengan MamaSue Kitchen cubalah sendiri dengan keenakan Acar Buah dari MamaSue ini… YUMMY YUMMY….




Tiada ulasan:

Catat Ulasan