Isnin, 5 November 2012

Rendang Tok Mama sue


Rendang Tok Mama sue adalah makanan tradisional Perak mengekalkan kelazatan teristimewa dan dagingnya pun dimasak secukupnya sehingga berwarna hitam,   rempah ratus yang lain dikawal supaya tidak terjejas dari segi persediaannya yang mengambil masa sehingga enam jam untuk siap dimasak.

Pasti cita rasanya berlainan sedikit berbanding yang disediakan secara tradisional menggunakan dapur kayu di kampong. Rendang mama sue dibuat mengikut amalan tradisional setiap bahan rempah dan ramuan yang dimasukkan di sukat secara tepat dan tahap kepanasan api juga diberi keutamaan bagi mengekalkan kelazatan aslinya.

Pada setiap musim perayaan, ramai orang kenamaan yang merupakan pelanggan utama  yang turut membuat tempahan rendang tok ini untuk majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri setiap tahun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan