Rabu, 7 November 2012

Cara Memasak Rendang Tok Mamasue

 
Rendang tok mama sue tetap mengunakan cara tradisional . Cuma sedikit pendekatan segera di perkenalkan.. namun rasa aslinya tetap sama. Cuma kami tidak sertakan santan untuk mengekalkan ketahanannya bagi memudahkan pelanggan dalam proses penyediaan nya nanti
Penyediaanya mudah dan ringkas, yang pasti kelazatan nya sentiasa dijamin

Cara memasak Rendang Tok MamaSue
 
-  Rebus daging hingga empok
 -  Jangan sampai air kering ok.. masukkan santan. Jika nak, boleh sertakan -  hirisan daun lmau purut atau daun kunyit..
Bila separa didih, masukkan pula Pes rendang tok Mama sue
Boleh taruh garam dan gula sedikit jika rasanya tidak mencukupi.
 
Yummy !

Isnin, 5 November 2012

Fakta Rendang Tok


RENDANG tok memang cukup terkenal di Perak. Namun, tidak keterlaluan jika dikatakan populariti makanan tradisi negeri Seladang itu kini sudah sampai ke seluruh negara.
Rendang Tok sebenarnya dikatakan berasal dari Kampung Pisang Batu Gajah, Perak yang kemudiannya tersebar ke kebanyakan daerah di Perak.
Rendang Tok Mama sue ini merupakan hidangan Melayu tradisional yang mempunyai cita rasa dan kelazatan yang tersendiri tanpa dicampur bahan pengawet dan perasa tiruan.

Lebih unik lagi, masakan Rendang Tok ini masih disediakan menggunakan cara tradisional iaitu di atas dapur kayu.
Hidangan ini dikatakan dibawa secara turun temurun sejak zaman dahulu kerana kaedah masakan yang melibatkan rempah dan bahan tradisional.
Nama rendang tok ini juga dikatakan digunakan pada zaman dahulu oleh kerana ia dimasak oleh orang tua pada ketika itu dan cara masakan pula sehingga kering dan berwarna hitam.


Rendang Tok Mama sue


Rendang Tok Mama sue adalah makanan tradisional Perak mengekalkan kelazatan teristimewa dan dagingnya pun dimasak secukupnya sehingga berwarna hitam,   rempah ratus yang lain dikawal supaya tidak terjejas dari segi persediaannya yang mengambil masa sehingga enam jam untuk siap dimasak.

Pasti cita rasanya berlainan sedikit berbanding yang disediakan secara tradisional menggunakan dapur kayu di kampong. Rendang mama sue dibuat mengikut amalan tradisional setiap bahan rempah dan ramuan yang dimasukkan di sukat secara tepat dan tahap kepanasan api juga diberi keutamaan bagi mengekalkan kelazatan aslinya.

Pada setiap musim perayaan, ramai orang kenamaan yang merupakan pelanggan utama  yang turut membuat tempahan rendang tok ini untuk majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri setiap tahun

Ahad, 4 November 2012

Sejarah & pengenalan acar buah


Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis acar yang sering dijadikan makanan sampingan masyarakat Melayu seperti acar buah dan acar timun. Acar adalah sejenis makanan yang dibuat daripada buah-buahan atau sayur-sayuran dengan campuran bahan-bahan lain dan diasamkan dengan cuka. ( tiada cuka langsung dalam acarbuah mamasue)Acar seperti ini pada kebiasaannya dibuat serta dihidangkan pada hari-hari keramaian atau kenduri-kendara.  Namun kini ianya dimakan begitu sahaja dengan nasi panas panas terutama semasa dalam bulan ramadhan sebagai hidangan semasa sahur.  Lazat dan anda wajib mencubanya.
Acar juga dikenali sebagai “Achar” dalam bahasa Hindi atau pickle dalam bahasa Inggeris. Perkataan “anchar”  bermaksud pelbagai hidangan sampingan yang mempunyai perasa rempah. Acar buah adalah makanan pembuka selera yang dimakan bersama dengan nasi putih atau nasi minyak. Ia dihasilkan melalui campuran buah-buahan jeruk yang dimasak bersama rempah ratus tertentu. Acar buah MamaSue yang dimasak sempurna dapat bertahan selama beberapa bulan. 
Acar buah 
sangat popular di rantau India,  AsiaTenggara serta kawasan-kawasan yang mempunyai komuniti masyarakat Asia Selatan yang ramai. Di Malaysia acar buah boleh didapati di negeri sebelah utara, terutamanya di Pulau Pinang dan Johor
Di blog ini MamaSue menawarkan acar buah untuk dijual pada harga yang berpatutan. Acar buah MamaSue adalah warisan tradisi dari Johor. Acar buah MamaSue amat popular dan laris dijual terutama di johor sendiri.

Jangan tunggu2..buat tempahan sekarang dengan MamaSue Kitchen cubalah sendiri dengan keenakan Acar Buah dari MamaSue ini… YUMMY YUMMY….




Ahad, 14 Oktober 2012

Borang Pengesahan Pembayaran

BORANG PENGESAHAN PEMBAYARAN
  • - -

Powered byEMF Forms Builder
Report Abuse

Selasa, 9 Oktober 2012

Kenali Asal Usul Nama Mee Bandung


Selama ini anda pernah terfikir atau tahu kenapa mee bandung dinamakan sedemikian. Yang kita tahu makan  sahaja yang penting sedap bukan!!. Perkataan 'bandung' di dalam namanya berpunca daripada maksud perkataan tersebut yang bererti 'berganda' atau 'berkembar' atau 'berpasangan' dimana sesuatu bergandingan  atau bercampuran dengan sesuatu yang lain. Umpamanya seperti 'sirap bandung' untuk minuman susu bergandingan dengan sirap berperisa ros ataupun 'rumah berbandung' untuk rumah berkembar. Begitulah maksudnya masakan tradisional yang terkenal berasal dari Muar.

Bagi mee bandung pula ia adalah masakan gandingan antara mee dan telur sahaja pada ketika dahulu ia digelar sedemikian, disamping ramuan campuran cili dan bawang tumisan bersama rempah ratus, belacan dan udang kering sebelum ia kini ditambah dengan bahan tambahan seperti udang, daging, kuih ikan, dan sayuran sekarang. Ia juga lazim dikenali sebagai Mee Bandung Muar yang telah menjadi makanan terkenal dan dikenali dimerata Malaysia meskipun diakui dan diketahui ramai Mee Bandung asli yang berasal dari Muar adalah yang terbaik dan tersedap dijamah. Perlu diketahui juga dan jangan dikelirukan serta disalah anggap mee bandung berasal dari Bandung suatu tempat di Indonesia walaupun perkataan bandung sama tapi kedua-duanya tidak ada kaitan langsung



Ahad, 7 Oktober 2012

Kaedah Masakan Mee Bandung Mamasue


HIDANGAN UNTUK 4 ORANG

1.  Selepas mendidihkan air, masukkan perencah mamasue mengikut kepekatan yang anda mahukan

2.  Untuk rasa lebih mantap, kami cadangkan sepaket perencah dengan 3 cawan air

3.  Anda boleh campurkan sedikit udang, daging dan sawi 

4. Untuk lebih menyelerakan pecahkan telur ke dalam setiap hidangan

5. Sedikit garam secukup rasa